Saturday, May 28, 2005


---seNyuM iTu seDeKah--- Posted by Hello
APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman.Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan. SenyumanMalah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis. Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media.Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia. Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun. Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam. Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ. Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah. Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan. Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka.Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas. Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai. Luar jangkaanSenyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh. Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka. Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan. Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan. Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).

.::kitekWnsaMpaiMati::. Posted by Hello
Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan..We have to face the reality even it'll hurt our hearts.. do read, and find out yourself..Renungkan....Hayati dan fahami....Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalahseadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa...Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak bolehmemakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...Menyayangimu... Mengasihimu...Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan...Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan menyesal.....Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah

seKeping hati yang suci...insyaAllahPosted by Hello
Hati adalah anugerah Tuhan yang hanya diberikan kepada manusia. Hati yang dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah qalb merupakan titik tolak dari apa yang akan, sedang dan telah kita kerjakan. Hatilah yang membuat seseorang itu baik atau buruk di haribaan-Nya. Hanya Dia-lah yang mengetahui isi hati seseorang. Hati juga adalah sesuatu yang fluktuatif. Hati bisa menjadi bening dan suci manakala kita beristiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik ('amal shâlih). Hati juga bisa menjadi kelam dan hitam ketika kita terus menerus menodainya dengan berbuat dosa dan maksiat kepada-Nya.Sebagian ulama mengibaratkan hati sebagai cermin. Cermin bagi cahaya Tuhan. Tuhan adalah cahaya langit dan bumi, dan Dia memberikan cahaya-Nya kepada yang Dia kehendaki (24:35). Ketika cermin itu mengkilap maka ia akan memantulkan cahaya keilahian. Namun apabila cermin itu suram dan penuh dengan noda, maka bagaimana mungkin cahaya bisa terpantul darinya. Jika hati dilimpahi cahaya Tuhan, maka ia akan dapat mengetahui rahasia-rahasia Tuhan. Mata hatilah yang bisa melihat Tuhan atau musyâhadah (6:102). Imam 'Ali ra pernah berkata : "Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku, dan akupun berkata :"Tidak ragu lagi bahwa Engkau itu adalah Tuhan". Disinilah letak ma'rifah.Dalam mencapai sebuah pengetahuan yang hakiki (gnosis) atau ma'rifah ini diperlukan adanya sebuah ketaatan murni (39:3). Ketaatan ini bersumber dari ketauhidan dan rasa cinta kepada-Nya. Bukan lagi karena mengharap terpenuhi kebutuhannya, tapi semata-mata untuk membahagiakan sang Kekasih dan mendekati-Nya. Rasa cinta ini dilandasi dengan keimanan dan tauhid yang murni terbebas dari segala kekufuran dan kemusyrikan. Dalam hal ini, hatilah yang berperan sebagai pengontrol ketauhidan. Hatilah yang bisa membuat seseorang itu disebut mukmin, musyrik atau pun kafir.Kemurnian hati atau ikhlas adalah sebuah konsekuensi dari salah satu trilogi agama yaitu ihsan. Rasulullah saw mendeskripsikan ihsan dengan beribadah kepada-Nya seolah-olah kita melihat-Nya, karena walaupun kita tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat kita. Ihsan inilah yang sangat menentukan posisi seseorang di sisi-Nya. Karena dalam ihsan-lah, Tuhan dapat memilih dan menentukan kekasih-Nya. Dan semuanya ini bersumber dari kemurnian hati. Kemurnian hati seseorang dapat menembus hijab antara dia dengan Tuhan-Nya.Dalam perjalanannya hati seseorang akan selalu digerogoti berbagai penyakit. Penyakit inilah yang bisa mengotori kebersihan dan kemurnian hati seseorang. Takabur atau sombong adalah penyakit yang paling sering menyerang hati kita. Ketika kita sombong maka sebenarnya kita sudah merasa menjadi Tuhan. Oleh karena itu kita tidak berhak mengklaim bahwa segala keunggulan kita adalah milik kita sendiri. Semuanya adalah atas dan kehendak-Nya. Sebesar-besarnya kuasa kita adalah berkat kuasa-Nya. Jangan pernah kita menganggap semua yang ada pada kita adalah milik kita dan kita berhak mengatur segalanya tanpa sebuah perhitungan. Ini adalah suatu kesombongan.Kesombongan inilah yang mempertebal hijab kita dengan-Nya. Kesombongan ini pula yang mengharamkan kita menginjakkan kaki di surga-Nya. Dengan kesombongan, kita akan merasa lebih dari orang lain. Pada akhirnya, ketika ada orang lain yang lebih unggul dari kita, niscaya rasa dengki akan hinggap di hati kita. Setelah itu kita ingin menghancurkan dan melenyapkan orang itu. (Al-'iyâdzu billâh). Jika saja setiap orang sudah mempunyai hati yang penuh kesombongan dan kedengkian, maka kedamaian dan ketenangan tidak akan pernah tercipta. Padahal agama kita membawa kedamaian dan rahmatan lil-'âlamîn. Pangkal dari segala penyakit hati itu adalah kesombongan.Pada akhirnya, kita harus senantiasa memerangi rasa sombong tersebut supaya hati kita menjadi bersih dan suci murni. Kita isi hati kita dengan limpahan cahaya-Nya (yang oleh Ibnu 'Abbâs ditafsirkan sebagai Alqurân). Kita murnikan hati kita dalam setiap berbuat baik tanpa dikotori dengan riya dan sum'ah demi menuju ridha-Nya. Selain itu, kita juga senantiasa berharap akan rahmat dan hidayah-Nya agar selalu menuntun kita tetap di jalan-Nya. Setelah hati kita murni semata-mata karena dan untuk-Nya, niscaya kita akan menggapai kebahagiaan eksoteris dan esoteris baik di dunia dan di akhirat serta pengetahuan yang hakiki dari-Nya. Sebuah harapan yang bukan hanya untuk diharap. Insya Allâh. Wallâhu a'lam bishshawâb